PARIT ENAM, SUNGAI BESAR – Homestay Air Manis, Majlis Kebudayaan Daerah Sabak Bernam Negeri Selangor, Persatuan Pelayang Negeri Selangor dengan kerjasama Pejabat Parlimen Sabak Bernam, Tourism Malaysia Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Jabatan Pelancongan Politeknik Sultan Idris Shah julung kali mengadakan Pesta Menuai Negeri Selangor 2009 di sini.
Koordinator jawatankuasa Pelaksana Pesta Menuai, Subani Marzuki berkata, pesta menuai ini akan menjadi acara tahunan dalam kalendar Pelancongan Negeri Selangor khususnya di Sabak Bernam.
Menurutnya, pesta ini bertujuan untuk mempromosikan dan menarik pelancong dalam dan luar negeri untuk datang ke Selangor sekali gus mempromosikan Homestay Air Manis Sabak Bernam sebagai destinasi pelancongan.
“Pesta tersebut bertemakan ‘Layang-layang untuk Perpaduan’ di mana mahu mewujudkan kerjasama pemimpin masyarakat bersama agensi yang terlibat selain mewujudkan kemesraan antara rakyat tanpa ada sekatan dan perbandingan kaum.
“Dalam masa sama, ia menarik segenap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, fahaman politik, penyertaan pelancong dalam dan luar negeri serta penyertaan pelajar sekolah menengah, institusi pengajian tinggi dan agensi kerajaan,” katanya.
Bersesuaian dengan temanya, bengkel dan pertandi ngan wau yang melibatkan penyertaan pelajar sekolah menengah dan awam turut diadakan untuk memberikan pendedahan kepada peserta mengenai teknik membuat wau tradisional sekali gus dapat memartabatkan permainan tradisional warisan budaya bangsa.
Pertandingan berkenaan juga untuk memilih wakil sekolah menengah negeri Selangor Festival Layang Antara bangsa Pasir Gudang Februari 2010, Kelantan Jun 2010 dan Bintulu Sarawak pada Ogos 2010.
Turut diadakan pertandingan menumbuk padi dan menampi padi yang mana ia memberi peluang kepada orang ramai, pelancong, pelajar dan wakil daripada agensi kerajaan dan swasta untuk mendapat mendapatkan pengalaman memproses padi untuk dijadikan beras sebelum adanya kemudahan.
Selain itu, diadakan pertandingan lagu klasik, congkak dan lawatan ke kilang padi Bernas untuk mendapatkan pendedahan cara memproses padi dengan cara moden.

Hadir, menyempurnakan pesta berkenaan, Ahli Parlimen Sabak Bernam, Abd Rahman Bakri.
No comments:
Post a Comment