Air Manis Homestay dikenali sebagai distinasi pelancongan berasaskan pertanian dengan kemudahan penginapan bersama keluarga angkat. Kedudukannya di Daerah Sabak Bernam menawarkan panorama sawah padi sebagai destinasi istirehat serta rekreasi yang jauh dari kesibukan kota raya.

Friday, 15 July 2011

Forum Budget Tourism :" Future Underlies With It"

Pada 14 Ogos yang lalu, Encik Subani BIn Marzuki, selaku Pengerusi Homestay Air Manis telah diundang oleh Hospitality & Tourism Club,MSU Shah Alam untuk menjadi panel dalam sebuah forum yang bertajuk " Forum Budget Tourism : Future Underlies With It" . Diantara panel lain yang dijemput adalah :

1) Prof. Dr Zainab Khalifah (UTM, Skudai)
2) Ir. Mohamed Hassan Kb Hamzah (MBHA)

Forum selama lebih 2 jam yang mengupas isu Pelancongan buget itu turut dihadiri oleh para pelajar kursus hospitaliti dari Politeknik Kuala Langat dan Sekolah menengah Teknik Setapak.
Pihak Homestay Air Manis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada MSU kerana sudi mengundang Encik Subani sebagai salah seorang ahli panel.


Sedikit sedutan



Dari kiri, Sartine Hashim (moderator),Prof. Dr Zainab, Encik Subani dan Ir. Mohamed Hassan



Diantara tetamu yang hadir


Wakil dari MSU telah mengajukan soalan kepada Encik Subani.

Tahniah kepada pelajar-pelajar tahun akhir kursus hospitality di MSU kerana telah menganjurkan forum ini dengan jayanya.

No comments:

Post a Comment